Tuesday, September 21, 2010

hutang ptptn

tgk ramai je yg post entry pasal hutang piutang dek penangan ptptn maka aku pon nak share jugak kisah benar aku dengan ptptn ni. 

bayar ptptn through potongan gaji - ok jugak tu. tapi masaelah nye kalau potong gaji ikut amaun yg ptptn tu suruh aku bayar tu amatlah menyesakkan dada dan semestinya poket aku. aku sepatutnya tiap2 bln kat ptptn lebih kurang dlm RM300++. banyak tu bagi aku yang berpendapatan kais pagi makan pagi kais petang makan petang ni. 

aku bayar online je maybank2u, senang semuanya dihujung jari cuma makesure balance mencukupi aje. selama ni aku ada jugak miss bayar (esp time nak kawen dulu mmg aku x byr lansung, lps kawen dah setel semua baru aku start bayar semula), tapi aku tetap bayar jugak la tiap2 bulan. kalau poket ni sesak sgt RM50.00 je aku bayar, biasanya aku bayar RM100-150. kalau rasa-rasa ada duit lebih aku bayar RM200.00. hasil daripada pembayaran balik aku selama ini rupanya aku cuma bayar kos pentadbiran sahaja, hutang yang sebenarnya x pernah luak walau sikit pon. adehh sakit hati je. baki pinjamannya daripada last year aku rasa sama je x pernah kurang. 

maka aku dah igtkan pada adik aku yg tgh wat diploma tu, nnt kalau dia sambung degree jangan amik ptptn amik JPA or MARA. xde la jadi macam aku lepas grad je automatik hutang ptptn keliling pinggang. adik aku yg masih belum sempat berhutang dgn ptptn ni ada 2 org je lagi (Aiman F4 & Ilham F1). harap-harap diorang ni x dibelenggu hutang ptptn.

** aku call ptptn aritu tanya status nama aku sama ada di black list atau tidak, pegawai tu kata nama aku masih belum disenarai hitam tapi dah masuk senarai 2nd warning, kalau dapat 3rd warning mmg komfom black list la nama aku. 

1 comment:

Me,Otech said...

kalau blacklist pun dia x kasi keluar negara je...so, bayar je skit2...tapi keep update dengan org ptptn tu...