Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Hadiah dpt kerja baru :)

Sgt istimewa, walaupun x seberapa di mata org lain tapi sungguh bermakna dan berharga pada aku.

Thank you sayangku :)

Sunday, October 31, 2010

rezeki mereka

kawan adik aku ada masuk satu peraduan ni pasal formula 1. dan tanpa disangka dia MENANG!!! dapat free tiket  & accomocation+makan minum for 2.  nak tau dia dapat pergi mana? dia dapat pergi abu dhabi weh.  dapat tgk F1 di abu dhabi dapat tiket VIP lagi tu. semua free flight, hotel, makan minum, F1 cuma bawa duit nak beli souvenir je kat sana. best kan?!

dan yang paling menjeleskan aku adalah, kawan adik aku tu ajak adik aku pergi sama!!! diorang pergi 11th Nov sampai 15th Nov ni.

bestnyaaaaaa!!!!!

(aku x berapa jeles sgt sbnrnya sbb aku bukannya layan formula 1 tu pon) ---> betul tak tipu, mmg aku x minat pon f1 tu.

minat formula 1? nah cuba klik klik kat sini

ni masa still under construction
dah siap dah

ini gambar tahun 2009

semua gambar adalah ihsan daripada google.

Tuesday, August 10, 2010

syahdu

esok parents aku akan pergi menunaikan umrah. mereka akan berada di sana sepanjang bulan Ramadhan ni. aku dah amik cuti nak hantar mak&ayah ke KLIA. flight diorang mlm tp kitorang akan bergerak lebih kurang 5pm daripada rumah. so nmpknya 1st day of puasa kali ni kitorang berbuka puasa di airport la. sedihnya la hai. mlm tadi entah kenapa entah emotional terlebih, masa nak tido mlm tadi aku "ter"menangis sampai bengkak2 mata  lps mak aku cakap list down apa yg aku nak mak doakan kat sana. aku mmg rapat dgn mak aku tapi hal-hal internal (emosi, bf gf, marriage life) aku x share sgt dengan mak aku jadi mcm nak minta mak doakan utk aku perkara2 peribadi ni mcm x sesuai je. drpd dulu lagi, kalau aku sedih aku xakan menangis depan mak & ayah. entah la malu kot ataupun aku xnak mak&ayah susah hati kot pasal aku. tp mlm tadi mcm biasa la, aku nangis sorang2 dalam bilik (roommate ku yang tersayang tak ada hehhe). mak pon ada cakap aku ni perahsia. resultnya pagi ni aku pergi kerja dengan muka yang sembab. ofismate tanya, aku cakap aku x cukup tdo, lps tu dok asyikla berlakon menguap tak sudah2 & mengantuk sesangat (almaklumla aku x cukup tido kan ;p )

tapi yang penting, semoga amal ibadah mak & ayah aku kali ni diberkati Allah. Amin.
Dan selamat pergi dan selamat kembali. Insyaallah.

p/s
  1. oh sedihnya tak hilang lagi ni. 3rd raya baru mak & ayah balik frm umrah. :(
  2. maka dengan ini secara rasminya sepanjang bulan puasa ni komfem aku jadi chef yang tak berapa nak semenggah kat rumah tu. almaklum la ada 2org adik lagi yg masih bersekolah, kalau aku x masak diorang nak berbuka makan apa kan. kesian aiman & ilham sbb aku kena masak utk diorang. FYI kak long diorang ni tak berapa nak pandai sangat dalam hal ehwal masak memasak ni huhuh.
  3. walaubagaimanapun, aku dah siap dah pon buat list utk mak doakan aku kat sana nnt hehehe
  4. aku dah kena test drive masak rendang dah utk raya ni, kalau x sapa nak buat rendang masa raya nnt.

Tuesday, August 3, 2010

cemburu yg positif

adik aku senyap2 dah further study, dia amik master di UTP
alahai cemburunya la hai
tapi dia company sponsor
aku mana ada sesiapa nak sponsor
result time degree dulu pon hidup segan mati tak mau
komfem nak apply scholarship pon akan direject awal2 lagi

dia amik jurusan yg seangkatan dengan degree dia tu la
oleonpatologist? entah aku pon x reti la nama2 scientific ni
(alaaa subject yg ross ajar tu dalam cerita friends tu la)
aku pon ada hajat juga nak sambung, tp belum cukup membara lagi
kalau sambung nnt aku xleh catchup rugi tuu

** harap2 adik2 aku yg lain mencontohi la sikap adik aku yg ni, belajar selagi mampu & setinggi yang boleh. lagi pon mereka masih muda lagi & lelaki pulak tu.

Tuesday, June 15, 2010

en husben pergi menuntut ilmu utk tangkap

untuk tangkap gambar la, tak kan la tangkap ikan kot

eh sebelum tu - en husben, jgn mare ye i tulis entry ni sbb entry pasal u hihihi.. i lebiuuuuu :p

alkesahnya bermula mcm ni, en husben dah dpt camera idaman dia
dan sekarang dia sedang bergembira bermain2 dgn cameranya
maka aku lah jadi mak sanggup / objek  utk tangkapannya
sekarang ni en husben ada dgn reza
konon2 nak belajar cara2 amik gmbr
hahhaha

selamat menuntut ilmu ye en husben, bila dah pandai nnt boleh amik gambar i tp kasi adjust nmpk kurus ok taknak nampak gemuks hehehe

** aku mmg x reti nak amik gambar, compac camera pon aku x lepas, apatah lagi dslr kan (cuma leh bergaya letak camera kat leher je la hihi)

Monday, June 7, 2010

petang senin yg blues

mengantuknya la hai petang2 mcm ni

semalam sambut birthday emak ku sayang di bangi makan seafood. hajat di hati asalnya semua nak ke klang, tp dah tu masing2 tak tau jalan + igt2 lupa jalan ke sana mcm nak pergi kan. so last2 kitorang pon pergi la ke bangi. i x leh mkn seafood seafood ni allergic nnt bersin tak henti2 & selsema memanjang so i makan ikan steam & sayur aja. x berpeluang la nak mkn sotong ketam udang dll sob sob ;( . semua pergi except adik aku hilmi & en husben. abis mkn dlm kol 10pm. so aku decide utk trus balik SK, nak balik DU jauh la plak lagipon esoknya dah kerja. kesimpulannya adik2 yg naik kereta dgn aku  terpaksa berhimpit dalam kereta ayah.

happy birthday mak, i love u so very the mucho!!

Saturday, May 22, 2010

rest in peace my dear kuning & black


11.00am, may 22nd 2010.

dear kuning & black,

we love you dearly and u'll be missed terribly. 

may you rest in peace

love 

from all of us
ayah, emak, kak long, abe, zikri, jijo, aiman &  ilham
last but not least fauzi too will be missing you.

sob sob

:'((


the late kuning & black, may both of them R.I.P.  :((










**sedihnya la bila kucing kesayangan mati, tgh menaip entry ni pon air mata dok bergenang je kat mata. btw kuning n black adalah adik beradik. 

Thursday, March 18, 2010

economoney

walaupun trip ke shanghai aritu adalah subsidized sepenuhnya, tp prep nak kena sana byk juga duit yg dihabiskan & duit poket yg di bawa utk ke sana.
hari ahad ni mcm nk g tgk / beli kain pasang /tudung
hujung bulan ni nak ke kedah kenduri sepupu
sebelum ke kedah kena ambil 2 pasang bj kurung yg di tempah dgn yap
awal bulan 4 nak perak pula kenduri sepupu juga
harap-harap en husben dapat ikut ke kedah & perak.
aishhh economoney.. jangan mengeluh jangan mengeluh jangan jangan.


syukur alhamdulillah di atas kemurahan rezeki yg dikurniakan olehNYA.

**psst psst  ada orang tu dah x sbr nak amik ni ;p harap bersabar ye

Thursday, January 28, 2010

x jadi

kata nak balik kl hari ahad ni
tapi apesal tiba2 tukar nak balik hari ahad minggu depan pulak?
boring la dok sorang2
cepat la balik

Tuesday, January 19, 2010

kena tinggal lagi

mmmm

Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya aidiladha

selamat hari raya haji buat kawan2 semua. korban ke tahun ni?

en husben kena keje hari raya ni. 1st day of raya lak tu dia kna g offshore. sedih..

tapi takpe, raya kali ni saya boleh beraya dengan mak & ayah & adik beradik. raya puasa hari tu kami raya kat sabak bernam.

**mesti banyak sup tulang masjid sebelah rumah bagi nnt. sedapnya makan roti cicah dgn sup tulang.

update : alhamdulillah, thn ni dpt merasa daging korban..sedapnya makan daging fresh..dan hasilnya kepalaku sakit penangan makan daging byk sgt

Thursday, September 17, 2009

bila mood keje sudah hilang


ini lah hasilnya, menepek gmbr di kala boss tiada kerana sudah balik beraya d kampung dan tinggal lah saya yg masih kena kerja kerana xleh apply cuti raya awal2 kerana cuti sudah tiada.

huhu

Wednesday, August 19, 2009

selepas 2 mggu

setelah off day selama +-2 minggu, encik husben akan kembali bekerja semula hari jumaat ini. en husben akan berada di sana kurang lebih 3 mggu!!! sungguh lama.

penantian adalah suatu penyeksaan.